Inter Johor Firms Diharamkan Masuk Stadium Babitkan Pasukan Johor

Kuala Lumpur – Kumpulan penyokong Inter Johor Firms (IJF) diharamkan daripada memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor.

Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan keputusan tersebut mendapat perkenan daripada Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor.

“Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor.

“Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor,” titah Tunku Ismail.

PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam pada Ahad, tetapi Tunku Ismail mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana organisasi yang mengamalkan ideologi ‘Hooligan’ dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.