Imigresen Tarik Balik Pasport Alvin Tan Dan Ali Abd Jalil

Shah Alam – Jabatan Imigresen hari ini menarik balik serta-merta pasport blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.

Tan dan Ali kini mencari suaka politik di luar negara.

Mustafa berkata, tingkah laku kedua-dua individu ini tidak boleh diterima.

“Kita tidak akan memberi muka kepada individu yang menghina mahkamah dan raja-raja Melayu,” kata Mustafa kepada media di Putrajaya hari ini.

Alvin yang dipercayai berada di Amerika Syarikat sebelum ini, mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membatalkan pasport antarabangsa miliknya.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook, Alvin berkata pihak berkuasa sentiasa bersemangat untuk bertindak balas dan menangkapnya.

“Saya hanya salah satu daripada ribuan suara di internet yang mengkritik UMNO. Saya benar-benar tidak menimbulkan sebarang ancaman politik. Di antara ramai yang lain, mereka memilih saya,” tulis beliau dalam kenyataannya yang dimuat naik hari ini.

Blogger berusia 26 tahun itu turut berkata, agak sukar untuk membayangkan bahawa apa yang beliau tulis di Facebook menjadi berita nasional.

Alvin berkata pihak berkuasa setakat ini hanya mengeluarkan ancaman tetapi tidak mengambil tindakan.

“Apabila anda membuat ancaman dan gagal untuk mengambil tindakan, kredibiliti anda terjejas. Saya amat malu untuk mengatakan bahawa saya, secara teknikal, masih rakyat Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid pada Ahad berkata Kementerian Dalam Negeri akan membatalkan pasport Alvin, atau nama sebenarnya Tan Jye Yee.

Tindakan membatalkan pasport milik Alvin itu dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan ia akan dilakukan pada Isnin, kata menteri itu.

Pihak kerajaan dipercayai mengambil tindakan sebegitu susualan kenyataan Alvin yang mempersendakan institusi beraja selepas Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa 3 Nov lepas.

Di laman Facebooknya juga, Alvin memetik sebuah portal berita yang melaporkan tentang kes pemimpin Hindraf P. Waythamoorthy dimana pasportnya dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 2007.

Laporan yang sama turut berkata permohonan Alvin untuk suaka politik di Amerika Syarikat akan dipercepatkan jika pasportnya dibatalkan.

Pada 18 Julai 2013, Alvin dan teman wanitanya ketika itu, Vivian Lee, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka.

Susulan itu, pada 22 Ogos lepas, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap selepas Alvin gagal hadir bagi sebutan kesnya.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/alvin-tan-cabar-zahid-untuk-batalkan-pasport-49869?cp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.