Empat Parah Lapan Motosikal Bertembung

Georgetown – Empat parah manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan motosikal di Gelugor, 3 pagi tadi.

Sebelum kejadian kesemua mangsa dipercayai berlumba di laluan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika sampai di lokasi kejadian seorang daripada penunggang gagal mengawal kenderaannya.

Ia menyebabkan kenderaaan itu bergesel dengan motosikal lain dan dirempuh oleh beberapa lagi penunggang yang gagal mengelak.

Penghuni kediaman berhampiran kemudian membantu mangsa kemalangan selepas dikejutkan dengan bunyi yang kuat akibat kemalangan berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.