Dr Mahathir Selar Kenyataan Naib Presiden Amerika Berhubung Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tidak perlu mengajar orang lain bagaimana mereka perlu bertindak dan apa yang mereka seharusnya tidak lakukan.

Ini adalah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Biden dalam tulis terbaharunya di laman blog chedet.cc, yang antaranya memetik tentang situasi ketegangan kaum di Amerika Syarikat susulan pembunuhan remaja berkulit hitam di Ferguson serta pembunuhan lelaki berkulit hitam tidak bersenjata di New York.

Biden sebelum ini mengkritik sistem undang-undang dan pengekalan Akta Hasutan di Malaysia.

“Dengan bongkak seorang pegawai Amerika Syarikit berkulit putih berkata mangsa telah dibunuh kerana mereka menentang penangkapan. Saya melihat gambar seorang orang berkulit hitam angkat kedua-dua tangannya. Adakah itu bagaimana rakyat Amerika menentang penangkapan.

“Remaja hitam tidak mempunyai senjata tetapi telah ditembak mati. Seorang budak lelaki berumur 12 tahun mempunyai pistol mainan. Beliau juga telah ditembak mati,” tulis Mahathir.

Mahathir turut mengrkitik Biden sebagai naib presiden di sebuah negara yang antaranya menahan orang tanpa perbicaraan untuk lebih daripada satu dekad, mendera mereka semasa dalam tahanan dan membunuh berjuta-juta orang yang tidak bersalah.

“Apa hak yang Biden ada untuk mengkritik pengekalan undang-undang yang akan mengelakkan konflik perkauman dan keganasan di Malaysia.

“Dan Amerika berani mendakwa mereka melindungi demokrasi. Apa demokrasi yang ada bagi mereka yang tidak bersalah namun dibunuh, cedera atau cacat seumur hidup,” tulis Mahathir.

Biden di laman Tweetnya mendakwa bahawa di tengah-tengah pertumbuhan hubungan AS-Malaysia, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang, menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Biden turut berharap kerajaan Malaysia akan membetulkan keadaan melalui kes Anwar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.