Dakwaan Bakar Al-Quran, Polis Siasat Kenyataan Dr Mashitah

Polis sudah menyoal siasat pemimpin Wanita Umno Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berhubung dakwaannya terdapat orang bukan Islam membakar al-Quran di Kedah.

Ketua Wanita Umno Baling itu memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada petang Ahad, lapor Agenda Daily.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilapor ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar.

Bagaimanapun, lapor portal itu, Dr Mashitah yang dihubungi enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Dua wartawan Malaysiakini turut disiasat berhubung laporan berkaitan perkara itu pada 4 Disember lalu.

Ia berkaitan kenyataan Mashitan yang dibuat semasa perhimpunan agung Umno lalu.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.

Beberapa perwakilan termasuk Mashitah dalam perhimpunan itu menggesa perwakilan Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi ‘majoriti senyap’ apabila kewibawaan Islam tercabar.

Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Sementara itu, anggota parlimen DAP Teo Nie Ching juga menulis di Facebook bahawa beliau juga disiasat polis ekoran laporan polisnya terhadap Mashitah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.