Bas Pelancong Terbalik, Kanak-Kanak Cedera

Sungai Buloh – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas pelancong yang terbalik di Kilometer 447.5 berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Sungai Buloh menghala ke ibu negara, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, bas pelancong terbabit dikatakan membawa kira-kira 30 penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Singapura sebelum hilang kawalan lalu terbalik ke dalam tebing setinggi satu meter.

Difahamkan, semua penumpang terselamat dan kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu bas terbabit, K Ramesh, 45, berkata kejadian berlaku sebaik dia memulakan perjalanan selepas berhenti di RnR Sungai Buloh.

“Keadaan jalan ketika itu agak gelap menyebabkan saya tidak nampak kon yang diletakkan di situ sebelum terbalik di tebing berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dia turut mendakwa tiada papan amaran diletakkan di kawasan itu sedangkan jalan terbabit sedang dinaik taraf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.