Al Fatihah : Ketua Pengarah Jasa Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan sejak rebah di majlis makan malam Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Awana,Kijal,Kemaman Sabtu malam telah meninggal dunia.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 12.20 malam ( awal pagi Isnin).

Fuad ialah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur’an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari.

Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebelum menjadi Ketua Pengarah JASA,Allahyarham pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Hulu Kelang,Selangor selama dua penggal setelah menang pada pilihanraya tahun 1999.- 8/12/2014.

Ketua Pengarah JASA,Datuk Fuad Hassan rebah di majlis makan malam

Kejadian itu agak mengejutkan.Suasana majlis makan malam penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman Sabtu malam gamat bila Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan tiba-tiba rebah dalam dewan.

Beliau dipercayai terkena serangan jantung.Sejurus itu bantuan kecemasan diberi sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.Kemudian beliau dihantar untuk rawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan.

Waktu kejadian sekitar 11.15 malam Fuad duduk semeja dengan bersama Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Jenazah akan dibawa ke rumah beliau di Ampang Jaya dan dijangka dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.