VIDEO: Sungguh Biadap & Kurang Ajar Edar Kamus Bible – Rani Kulup

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Rani Kulup menyifatkan tindakan individu yang mengedar kitab bible kepada pelajar sekolah rendah di Pulau Pinang sebagai kurang ajar dan biadap.

Rani Kulup yang juga dikenali sebagai ‘Raja Report Malaysia’ berkata, ia bukanlah jalan bebas buat sesiapa untuk menyentuh sensitiviti agama Islam meski pun negara ini mengamalkan kebebasan beragama.

Bukan sahaja ia menyentuh sensitiviti agama, ia turut menggugat sensitiviti kaum di negara ini.

“Ini sungguh-sungguh biadap, dan kurang ajar mengedar kamus kononnya kamus ttp disiasat rupanya kitab bible. Mmg agama Islam agama rasmi, agama lain bebas mengamalkan agama mereka.

“Jadi janganlah kau melampau sangat sampai kau bagi risalah, kitab bible kepada budak-budak sekolah. Jangan kau nak buat seperti ini, ini sensitiviti kaum dan sensitiviti agama!” kata Rani dalam satu temu bual selepas selesai membuat laporan polis mengenai isu pengedaran kitab bible ini.

Rani menambah, ia juga memberi peluang kepada warga asing untuk turut menjalankan kegiatan pengedaran kitab agama lain kepada penganut agama yang berbeza.

Justeru itu, Rani mahukan semua pihak memantau kegiatan ini dengan lebih dekat dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan memeriksa barang sekolah milik anak mereka.

“Sekarang warga asing pun dah hantar (edar) bible sampai kepada tangan orang Islam. Tak boleh! Undang-undang ada, PDRM, Jabatan Agama setiap negeri perlu pantau, bila anak-anak balik rumah, pantau dan periksa dalam beg mereka, apa ada maklumat yang ada mengenai ini,” katanya.

Baru-baru ini kecoh mengenai insiden pelajar Islam di sebuah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang menerima sebuah kitab bible dari lelaki yang tidak dikenali.

Aktiviti pengedaran tersebut pada awalnya disangka adalah pengedaran kamus.

Namun, penjaga keselamatan di sekolah tersebut terkejut selepas meniliti kandungan naskah yang diterima pelajar-pelajar sekolah itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.