“Tahniah PH,” Sindir Najib Selepas Moody’s Ubah Prospek Petronas Daripada Stabil Kepada Negatif

SHAH ALAM – Keputusan Moody’s Investors Service yang mengubah penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif, mengundang sindiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Dalam nada sarkastik, Najib mengucapkan ‘tahniah’ di atas ‘kecekapan’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menguruskan kewangan negara sehingga mendapat penilaian sedemikian daripada agensi penarafan tersebut. 

“Tahniah Kerajaan PH, hari ini Moody’s telah ‘downgrade’ outlook atau penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif.

“Inilah dia hasil kecekapan menguruskan kewangan negara, dan langkah-langkah bijak yang diambil dalam Belanjawan 2019 seperti menjarah Petronas untuk bayar dividen tinggi bagi tampung kekurangan hasil,” katanya dalam satu hantaran terbaru di Facebook.

Moody’s dalam kenyataan hari ini mengesahkan penerbit domestik dan penarafan tidak bercagar kanan mata wang asing bagi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) pada A1, namun mengubah prospek kepada negatif daripada stabil.

Naib Presiden Moody’s, Vikas Halan berkata, keputusan mengubah penarafan itu kerana profil kewangan Petronas mungkin merosot sekiranya kerajaan terus meminta syarikat minyak negara itu membayar dividen yang tinggi, terutama ketika penurunan harga minyak.

Halan berkata, ini berikutan pengumuman oleh kerajaan bahawa Petronas akan membayar dividen sebanyak RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion pada 2019 merangkumi dividen istimewa sekali gus berjumlah RM30 bilion.

Untuk rekod, Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 November lalu menyebut, Petronas akan membayar RM30 bilion sebagai dividen istimewa secara sekali gus kepada kerajaan pada 2019, sebagai tambahan kepada dividen tahunan biasa berjumlah RM29 bilion.

Mengulas lanjut, Najib menjangkakan penarafan kredit negara berkemungkinan besar akan turut dipengaruhi dengan perkembangan terbaru tersebut.

Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya harga minyak dunia akan jatuh, ketika mana kerajaan mahu bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak.

“Ini pun dalam keadaan harga minyak boleh dikatakan tinggi dan stabil sekarang ini.

“Apa jadi kalau harga minyak jatuh?

“Apa ‘buffer’ atau penampan yang kita ada nak tampung sekiranya berlaku krisis harga minyak sekali lagi?

“Kerajaan BN dahulu berusaha bersungguh-sungguh untuk kurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dengan mempelbagaikan sumber, selaras dengan keperluan semasa dan sejajar dengan arus perkembangan ekonomi dunia.

“Tapi Kerajaan PH nak kembali ke zaman lama pula. Tak pernah dibuat orang,” sindir Najib. -SuaraTv 

3 thoughts on ““Tahniah PH,” Sindir Najib Selepas Moody’s Ubah Prospek Petronas Daripada Stabil Kepada Negatif

  • November 9, 2018 at 11:53 am
    Permalink

    Tu la sikap awak semua PH salah?? Awak dulu betul?? Asyik2 komplen tkde keje ker? Dulu agaknya mcm ni tak?? Patut kalah teruk?? Tk keje apa pun? Nk salah org jer?? Salah sendiri penuh najis tk nampak?? Mual muak meluat menyampah benci tgk muka??
    Sbb kalah kerana tk sedar salah sendiri walau sedar tapi buat2 tk sedar..buat2 tk tahu?? Rakyat lebih bijak nilai mana intan mana debu?? Tak tau 2.6 ribu juta sapa bagi?? Ye ker?? Aneh pelik heran lorr?? Perli lah tu yg kau bolih??? Apa punya org kau ni???

    Reply
  • November 9, 2018 at 11:59 am
    Permalink

    Adab akhlak takde?? Sindir perli kuat!! Lupa ke salahlaku dulu?? Makin hari kusam suram pudar kelam dari hati rakyat yg teraniaya??? PH juga terbaik jujur amanah tiada rasuah???
    Takbur angkuh bongkak bodoh sombong amalan parti korup??
    Nyah dari hati kita korup2 ni??
    Ramai lagi akan didakwa..insyallah..sama2 tunggu ya!

    Reply
  • November 9, 2018 at 12:00 pm
    Permalink

    Rosak musnah hancur dah?? Jgn mimpi …nk pulih..makin jauh junam ….. dari hati rakyat yg ditipu….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.