Sayangkan Negara, Lee Chong Wei Tak Akan Bersara

KUALA LUMPUR – Setelah hampir empat bulan senyap menjalani rawatan akibat penyakit barah hidung tahap satu, pemain badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei hari ini membuat kemunculan semula.

Dalam sidang media khasnya yang berlangsung di ibu kota, Chong Wei menamatkan teka-teki selama ini bahawa beliau tidak akan bersara.

Sebaliknya beliau berkata memerlukan masa yang cukup untuk berehat selepas menamatka rawatannya sebulan lagi.

“Keadaan kesihatan saya tidak berapa sihat dan saya akan siapkan rawatan lagi sebulan lagi. Doktor saya kata saya semakin pulih Saya akan kembali bermain tidak lama lagi. Tapi kena kembalikan tahap kecerdasan saya sebelum kembali ke gelanggang.

“Ini negara saya dan saya amat menyayangi sukan ini dan tak mungkin bersara,” katanya.

Katanya lagi penyakit kansernya tidak akan menjadi penghalang untuk jaguh badminton itu meneruskan impiannya beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Chong Wei turut berkongsi keperitan menjalani rawatan sebanyak 33 kali berbeza dengan kecederaan yang pernah dialaminya sebelum ini.

“33 kali rawatan hingga kulit di leher nampak kesan terbaka. Mau makan saja mesti menangis. Kanser ini ujian paling berat bagi saya berbanding kecederaan lain sebelum ini,” ujarnya.

Walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya untuk kembali aktif, namun Chong Wei yang merasakan keutamaannya buat masa ini adalah kesihatannya memberi jaminan akan tetap berlatih demi mengembalikan stamina untuk merebut pingat emas dua tahun lagi.

“Keluarga saya memang tak mahu saya kembali ke gelanggang. Saya akan cuba dan emas sentiasa dalam impian dan minda saya di kejohanan badminton di Tokyo,” jelasnya.

Kali terakhir Chong Wei beraksi adalah dalam Terbuka Indonesia, Julai lalu sebelum mengambil keputusan berehat bagi menjalani rawatan sekali gus menyaksikan dia terlepas bagi aksi Kejohanan Dunia di Nanjing, China serta Sukan Asia Indonesia.-SuaraTv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.