Saya Ke Julau Urusan Rasmi Bukan Berkempen – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan lawatannya ke Julau, Sarawak baru-baru ini ntuk berkempen calon tertentu untuk pemilihan parti itu yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Tegasnya, lawatan tersebut adalah sebahagian daripada agenda lawatan kerja rasminya sebagai Timbalan Perdana Menteri ke bumi kenyalang itu.

“Saya hendak berkempen untuk siapa? Saya bukannya bertanding pada pemilihan parti kali ini.

“Sebenarnya, ia adalah lawatan kerja rasmi saya dan jika mengikut jadual sepatutnya, lawatan tersebut berlangsung selepas pemilihan parti yang secara kebetulan telah ditangguhkan.

“Julau adalah sebuah tempat yang menghasilkan lada hitam terbaik di Malaysia, saya sukakan lada hitam malah penduduk di Sarikei juga memberi taklimat kepada saya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas rasmi saya,” katanya.

Semalam, ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presidennya ke Julau, Sarawak baru-baru ini.

Apatah lagi menurut Lhatheefa, Wan Azizah mengumumkan peruntukan jalan sebanyak RM100,000 di situ.

Mengulas lanjut, tambah Wan Azizah peruntukan yang diumumkan semasa lawatan berkenaan adalah sesuatu yang biasa kerana sebagai pemimpin kerajaan pusat, beliau perlu menunjukkan contoh kepada rakyat bahawa tiada kawasan yang tertinggal daripada perhatian kerajaan.

“Saya peruntukan itu sesuatu yang baik malah Unit Penyelarasan Pembangunan (ICU), Jabatan Perdana Menteri juga meluluskan peruntukan berkenaan,” jelasnya. –SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.