PH Perlu Fokus Tunai Janji, Henti Tuding Jari Salahkan Kerajaan BN – Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memfokuskan usaha menunaikan janji kepada rakyat setelah menang Pilihan Raya Umum Ke-14 enam bulan lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Memetik laporan Bernama, Daim berkata, apa yang berlaku pada masa lalu sudah menjadi sejarah dan kerajaan PH perlu segera menghentikan sikap menuding jari menyalahkan kerajaan BN sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun.

“Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan kerajaan terdahulu.

“Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama,” katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di sini, hari ini.

Daim juga mahu kerajaan PH berusaha untuk memulihkan kembali keyakinan di kalangan pelabur bagi menarik mereka kembali ke negara ini.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kabinet, yang menurutnya sedang bekerja keras untuk mereformasikan ekonomi. – SuaraTV

One thought on “PH Perlu Fokus Tunai Janji, Henti Tuding Jari Salahkan Kerajaan BN – Daim Zainuddin

  • November 9, 2018 at 12:08 pm
    Permalink

    Kena cakap beritahu rakyat apa yg telah disonglapkan?? PH punya kekuatan urus malaysia…
    Sambil pulih sambil cakap kerana terlampau teruk ..kotor apa yg mereka buat dahulu??
    Jika PH tak rampas apa jadi pd kita semua? Apa jadi?? Meteka dah rosak..PH dan Tun M ingatlah perjuangan kita baru bermula semula…!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.