Najib Tanya Guan Eng, Skim FundMyHome Nak Bantu Rakyat Atau Pemaju?

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melontarkan lima persoalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung Skim FundMyHome yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini.

Persoalan tersebut ditimbulkan Najib berikutan promosi skim FundMyHome menyatakan pembeli hanya membayar 20 peratus harga rumah kemudian tidak perlu membayar apa-apa untuk tempoh lima tahun dan baki 80 peratus dibayar peminjam dana atau pelabur atau institusi kewangan.

Ujar Najib, mengikut laporan, ‘deposit’ atau bayaran pendahuluan 20 peratus yang dibayar oleh peminjam akan diletakkan dalam satu akaun amanah (trust account) dan akan diguna untuk bayar sebagai pulangan pelaburan lima peratus setiap tahun kepada peminjam dana, pelabur, institusi kewangan selama lima tahun.

“Saya rasa Menteri Kewangan perlu tanya diri. Jika pembeli rumah mampu membayar 20 peratus ‘deposit’, mengapa pembeli rumah tersebut tidak dapat membeli rumah selama ini dan tidak mendapat pinjaman daripada bank?

“Mengapa pelabur/peminjam dana masih berkongsi keuntungan dengan pembeli rumah jika pembeli berhasrat menjual selepas lima tahun? Sedangkan sepanjang lima tahun tersebut, pelabur/peminjam dana telah menerima pulangan pelaburan lima peratus setiap tahun selama 5 tahun daripada “deposit” 20 peratus yang dibayar oleh pembeli,” tulis Najib dalam hantaran terbaru di Facebook beliau.

FundMyHome.Com sebuah platform digital merupakan satu usahasama yang akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka.

FundMyHome.Com dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir  di Eco World Gallery @ Eco Majestic pada 4 November lepas.

Media sebelum ini melaporkan, melalui skim FundMyHome, jika nilai rumah meningkat dalam masa 5 tahun ini, peningkatannya dikongsi dengan peminjam dana 80 peratus.

Jika nilai rumah menurun dalam masa lima tahun ia ditanggung oleh pembeli rumah dan selepas lima tahun, pembeli rumah boleh membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut dengan keuntungan dikongsi dengan peminjam dana 80 peratus.

Selepas lima tahun jika tidak ingin jual, pelabur boleh memiliki rumah tersebut sepenuhnya dengan membuat pinjaman perumahan mengikut nilai pasaran.

“Perlu diingatkan juga bahawa banyak projek perumahan hari ini yang disertakan dengan pelbagai diskaun. Apa yang akan terjadi kepada semua ini dengan skim FundMyHome seperti ini? Lesap?

“Selepas lima tahun, pembeli rumah tetap kena pergi ke bank dan membuat pinjaman perumahan. Dan pada harga pasaran ketika itu! Jika pada masa itu pembeli rumah masih tidak mampu memiliki rumah dan membuat bayaran ansuran setiap bulan apa akan terjadi kepada mereka? Dihalau keluar dari rumah?

“Apa jadi selepas tamat tempoh 5 tahun dan harga hartanah tidak meningkat seperti yang diharapkan? Ditanggung oleh pembeli?” tanya Najib.

“Saya ulang soalan utama saya. Sebenarnya, skim ini nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju?,” soalnya lagi. -SuaraTv 

2 thoughts on “Najib Tanya Guan Eng, Skim FundMyHome Nak Bantu Rakyat Atau Pemaju?

  • November 8, 2018 at 4:04 pm
    Permalink

    Usah wayang?? Nk alih perhatian?? Dlm poket lah?? Sibuk2 napa?? Meluat sampah benci sesangat mual muak jijik kotor najis?? Kau dulu keje apa? Songlap?? Apa tk buat?? PH terbaik amanah jujur tanpa rasuah??? Bukan mcm kau?? Nk kepyh kecuh?? Sapa kau?? Buat kacau supaya org kasihan…poorah lakon?? Tarik simpati?? Buang dlm gaung je??
    Perosak negara??? Jln layan da kemaruk kememe genjing bobrok tk laku….!! Nyah dari kamus kita…! Pengkhianat ???

    Reply
  • November 8, 2018 at 4:12 pm
    Permalink

    Da rosak teruk… musnah hancur.. junam masuk gaung!! Rakyat bijak undi PH yg jujur ikhlas amanah bersih …sbb tu PH menang besar??????????
    Parti korup bungkus teruk??
    1mdb..felcra..felda..nfc..byk2 lagi isu skandal akan keluar satu..satu..dont worry..!! Takbur angkuh bongkak sombong bodoh tk malu mcm tk salah apa2…sedar lah diri tu…nk lawan undang2 ke ?? Salah mesti hukum?? Doa rakyat teraniaya semestinya terbalas jua..!! Insyallah sama2 kita lihat tunggu kemana dia org2 pergi ?? Lge walau bukan islam tk rasuah tak pecah amanah??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.