Najib Jelas Perbandingan Penyusutan Biasiswa Dengan Graf

KUALA LUMPUR – Selepas kenyataan bertali arus di Facebook, Datuk Seri Najib Razak malam tadi tampil memberi penjelasan menerusi lukisan graf bar menunjukkan perbandingan antara peruntukan biasiswa dan untuk universiti dalam Belanjawan 2018 dan 2019.

Beliau memuatnaik grafik kerana penulisannya tentang pengurangan biasiswa kerajaan dan peruntukan untuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia terlalu panjang.

“Hari Ahad ada yang minta saya “lukis” kerana tulis terlalu panjang tentang pemotongan biasiswa kerajaan dan peruntukkan untuk UM dan USM dalam belanjawan 2019 berbanding 2018.

“Okay, saya lukis,” tulisnya. 

Graf itu menunjukkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memotong 33% biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) daripada RM1.5 bilion kepada RM1.0 bilion.

Biasiswa lain yang dipotong adalah:

* Majlis Amanah Rakyat: RM2.5 bilion kepada RM2.0 bilion (20%)

* Kementerian Pendidikan: RM684 juta kepada RM503 juta (26%)

* Kementerian Kesihatan: RM258 juta kepada RM250 juta (3%)

Graf juga memaparkan peruntukan untuk UM dipotong sebanyak 9% daripada RM445 juta kepada RM405 juta, dan untuk USM dipotong sebanyak 5% daripada RM525 juta kepada RM501 juta.

“Jika potongan bajet seperti ini dilakukan pada masa saya masih perdana menteri, sudah tentu Pakatan Harapan akan menghebohkan dan menuduh saya sekurang-kurangnya 3 bulan kononnya saya tidak jaga masa depan anak muda,” tambahnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.