Najib Dipanggil SPRM Lagi

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Najib kelihatan masuk ke ibu pejabat tersebut melalui pintu belakang pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Pada Oktober lepas, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid turut dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama lima jam berhubung kes sama.

Sebelum itu, pada 9 Julai, bekas pegawai khas kepada Najib ditahan SPRM sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes sama. – Bernama

One thought on “Najib Dipanggil SPRM Lagi

  • November 8, 2018 at 4:17 pm
    Permalink

    Cepat2 dakwa jatuh hukum??
    Usah lengah lagi?? Tgk muka pun da semak mual muak menyampah meluat???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.