Kerajaan Digesa Tidak Ketepikan Bantuan Untuk Penoreh dan Nelayan

SHAH ALAM – Kerajaan didesak agar tidak mengetepikan hak penoreh mahupun nelayan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, oleh sebab itu pemberian inisiatif bantuan musim tengkujuh buat golongan ini tidak patut didiamkan kerajaan.

Katanya, kedatangan musim tengkujuh pada masa ini menyebabkan golongan ini berhadapan dengan tekanan ekonomi kerana mereka sukar untuk keluar mencari rezeki kerana berhadapan dengan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Saya cadangkan agar kerajaan mengawal harga getah agar penoreh tidak mempunyai masalah selain turut membantu nelayan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, berhadapan isu ini, kekecewaan turut dilontarkan oleh salah seorang penoreh getah dengan kerajaan yang hanya menyentuh pasal hutang negara sehingga banyak perkara lain seperti golongan penoreh getah dan pekebun kecil ini diabaikan.

“Sungguhpun hutang negara penting untuk diberi keutamaan, tetapi hak rakyat juga tidak patut diketepikan,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.