ICERD: Mujahid Hanya Catat, Tidak Berdialog

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri didakwa gagal berinteraksi secara dua hala dalam pertemuan bersama demgan 

dengan NGO Islam, peguam persendirian, penjawat awam dan ahli akademik yang berlangsung semalam berhubung isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Malah menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pertemuan itu hanya sehala, bukannya dialog yang memberikan semua pihak saling bertukat pandangan tentang bantahan terhadap isu itu. 

“YB Menteri mengambil pendirian untuk hanya mencatat tetapi tidak berdialog dengan NGO Islam yang membantah ICERD atau menyokongnya.

“Rumusannya ialah pertemuan malam tadi adalah input satu hala kepada YB Menteri sahaja tanpa mendengar pandangan YB Menteri sendiri seperti dilapor media. YB Menteri pula berjanji akan membawa suara kami ke pihak atasan.

“Kami tidak dapat berinteraksi secara dua hala dengan YB Menteri,” katanya.

Beliau memberikan penjelasan tersebut dalam Facebooknya selepas mendakwa ramai yang bertanyakan hasil perbincangan.

Lebih teruk lagi kata Zainul wakil daripada 

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang hadir bertindak memberi amaran kepada NGO Islam yang membantah tindakan kerajaan untuk menandatangani ICERD. 

“Ucapan wakil Suhakam sangat mengejutkan kerana seolah memberi amaran kepada kami dan sudah hilang hak asasi manusia untuk menyatakan pendirian kami dan seolah terus menghukum NGO Islam ingin memecah perpaduan dan tidak bertamadun.

“Suhakam mahukan kerajaan menandatangani dan ratifikasi ICERD,” katanya lagi. 

Tambah beliau Mujahid hanya memberi jaminan bahawa bahawa tindakan kerajaan tidak akan menjejaskan kepentingan orang Melayu, Islam dan raja-raja.

Zainul dalam pada itu memaklumkan sebanyak 15  wakil yang hadir daripada 20 menolak ICERD manakala  hanya 5 yang menyokong.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.