Ejen Insurans Prudential Berhimpun Tuntut CEO Letak Jawatan

Ejen-ejen syarikat insurans Prudential Assurance Malaysia Berhad hari ini berhimpun di ibu kota bagi membantah potongan bonus dan komisen yang diterima mereka.

Berpakaian kuning, mereka menuntut ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat insurans terkemuka itu supaya meletakkan jawatan.

Berdasarkan video KiniTV, mereka kelihatan turut berarak dan meniup wisel dan bersorak.

Perarakan berkenaan diketuai oleh seorang ejen insurans diikuti oleh rakan-rakan mereka yang lain dengan membawa sepanduk menuntut peletakkan jawatan CEO berkenaan.

Perhimpunan bermula kira-kira jam 10.30 pagi sebelum ditamatkan sekitar jam 12 tengah hari itu berlangsung secara aman namun tetap berada di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Sementara itu, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian terhadap perkara itu.

Justeru kata kenyataan tersebut pengurusan PAMB akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan ejen insurans berkenaan bagi menyelesaikan isu berkenaan. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.