Zakir Naik Tak Galakkan Keganasan, Kata Zahid

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik tidak mempromosikan sebarang keganasan, kata menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, kementerian itu telah meneliti semua ucapan yang dibuat pendakwah berkenaan.

“Kami di KDN telah meneliti semua video dan transkrip teks dari ucapan beliau, tidak ada satu pun (ucapan) menggalakkan kegananasan, tidak ada

“Interpretasi (tanggapan) itu adalah daripada tokoh tertentu di luar,” katanya.

Berhubung dakwaan pembabitan Zakir dalam serangan pengganas di Dhaka India yang menyebabkan dia meninggalkan negara itu pada 2016, Zahid berkata ia juga merupakan suatu tanggapan.

 

“Peristiwa di Dhaka, itu adalah persepsi dari negara berkenaan

“Apa yang berlaku di sana bukan disebabkan motivasi atau provokasi oleh Dr Zakir Naik, (tapi) ada faktor-faktor lain,” jelasnya.-Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.