Sering Jadi Sasaran Pembangkang, Rosmah Tetap Mesra Jumpa Lim Guan Eng

Lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang semalam disambut oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.

Rosmah, sebaik turun dari pesawat memberikan senyum mesra kepada Guan Eng sungguhpun orang yang disalamnya itu sejak sekian lama bersama pembangkang melontarkan fitnah terhadap dirinya.

“Sejak Datuk Seri Najib menjadi PM, Datin Seri Rosmah telah menjadi sasaran serangan, dilemparkan tuduhan dan kebencian oleh DAP sejak bertahun-tahun.

“Beberapa bulan lalu, Tun Mahathir turut mempersendakan beliau dalam satu ceramah dengan menggelarkan beliau gemuk dan mengejek beliau “berjalan seperti gearbox,” kata Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To.

‘Berjalan seperti gearbox’ itu merujuk kepada ucapan Dr Mahathir di Jitra pada Mei tahun ini.

Dr Mahathir tanpa merujuk kepada mana-mana individu dipercayai mempersendakan Rosmah.

“Saya tak makan rasuah. Tak usahlah bagi apa pun. Semua orang tahu saya makan sikit sangat. Sebab tu kurus.

“Saya tak mahu gemuk gedempol macam sesetengah orang tu. Macam isteri sesetengah orang. Bila berjalan, ‘gearbox’ senget,” katanya.

Kata Eric, walaupun diherdik pelbagai pihak, Rosmah tetap tersenyum sebagai tanda sokongan moral ekoran musibah banjir besar yang berlaku Pulau Pinang.

“Dikala bencana, Datin Seri yang melawat mangsa banjir Pulau Pinang bersama suaminya, perlu meletakkan semua itu ketepi.

Lihatlah betapa gembiranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew bersama beliau (Rosmah),” tulis Eric di Facebooknya.

Najib, dalam sesi lawatannya mendapati banjir yang berlaku berpunca daripada taburan hujan tinggi selain kelemahan sistem perparitan.

Katanya, sekurang-kurangnya RM1 bilion diperlukan bagi memperbaiki perparitan dan kerajaan pusat telah meluluskan RM150 juta setakat ini.

“Insya Allah, lepas ini kita akan berbincang bersama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri kerana yang kita utamakan ialah kebajikan rakyat dan juga keselamatan rakyat.

“Ini kita mesti utamakan dan itulah sikap Kerajaan Pusat sepertimana bila Kelantan dilanda banjir kita pun bantu maka Pulau Pinang pun Insya-Allah kita akan bantu juga,” kata Najib. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.