Penerbit Program TV Dituduh Rompak, Cabul Datin

SHAH ALAM — Seorang penerbit rancangan TV tempatan dituduh merompak dan mencabul dua individu termasuk seorang bergelar Datin. 

Mohammad Ferdaus Mashud tidak mengaku bersalah merompak dan mencederakan mangsa di Surau Al Ikhlas Seksyen U8, di sini, 1.40 petang 6 Oktober lalu, lapor Sinar.

Tertuduh juga didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan mangsa sama, 44 tahun, di tempat, masa dan tarikh tersebut.

Beristeri dua, tertuduh juga didakwa merompak beg tangan milik wanita lain dengan parang di surau Raudhah At Muttaqin, Seksyen 4 di sini 18 Ogos lalu.

Mohammad Ferdaus dituduh bawah Seksyen 354 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang disebut bersama Seksyen 397 kanun sama.

Pertuduhan berasingan dibuat di depan Hakim Mahkamah Sesyen Sabri Ismail dan Majistret P Sharulatha. Sebutan semula kes ditetapkan 4 dan 12 Disember.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.