N.Sembilan Beri Saguhati RM2,000 Kepada Kakitangan

SEREMBAN – Lebih 6,000 penjawat awam kerajaan negeri akan menikmati pemberian sagu hati sebanyak RM2,000 yang dibayar secara berperingkat bermula Disember ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata daripada jumlah itu, RM500 akan dibayar pada Disember ini, baki RM500 pada Januari 2018 dan RM1,000 pada sambutan Hari Raya Adilfitri 2018.

“Ia akan diberikan secara berperingkat iaitu pada Disember ini bersama gaji bulan tersebut, baki RM500 pada Januari 2018 dan RM1,000 pada sambutan Hari Raya Adilfitri 2018.

“Pemberian sagu hati itu melibatkan semua penjawat awam kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan dan agensi di bawah kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Penjawat awam persekutuan dalam pada itu akan menerima bayaran khas RM1,500 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini yang akan dibayar pada Januari, sebanyak RM1,000 dan RM500 menjelang Aidilfitri. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.