Lelaki Ditahan Pakai Pakaian Ala Pengebom Bunuh Diri

KUALA LUMPUR – Gara-gara menghadiri majlis Halloween dengan memakai pakaian ala pengebom bunuh diri di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada 28 Oktober lalu, seorang lelaki tempatan ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata perkara itu dimaklumkan oleh seorang penduduk di kondominium berkenaan yang melihat lelaki itu memakai pakaian sedemikian ketika menaiki lif, lapor Bernama.

Beliau berkata pakaian berkenaan amat sensitif pada pandangan umum kerana banyak kejadian dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh baru-baru ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan mana-mana orang yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya ketika dihubungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.