Kerana Duduk Di Troli Beli Belah, Budak Ini Mengalami Penyakit Yang Mengerikan!

Seorang ibu berasa menyesal seumur hidup kerana meletakkan anak kecilnya pada tempat duduk budak di troli beli belah. Seperti yang dilaporkan WittyFeed.com, kejadian ini telah berlaku di pasar raya Gold Coast, Helensvale, Queensland di Australia 6 bulan lalu.

Kanak-kanak yang masih berusia 10 bulan ini dengan sengaja diletakkan oleh ibu bapanya pada bahagian tempat duduk budak di troli beli belah . Ibunya menyangkakan bayinya akan selamat jika diletakkan di situ. Tetapi tenyata dia salah.

Kebiasaan ini tidak kelihatan berbahaya, bahkan dilakukan oleh ramai ibu bapa apabila membawa anak-anak mereka membeli-belah. Tapi itulah  yang membuatkan anak kecil yang bernama Logan itu terdedah kepada meningitis.

Balita menderita meningitis.

Vivienne Wardrop, ibu kanak-kanak itu menceritakan sebaik sahaja pulang dari membeli-belah, tepat 23 jam selepas Logan duduk di kerusi membeli-belah di pasar raya tempatan, dia menderita cirit-birit dan demam 103 darjah.

Dia mengadu dehidrasi walaupun selepas dirawat oleh ahli pediatrik. Logam dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan ternyata Logan mengalami meningitis.

Balita menderita meningitis

Selama 10 hari di hospital, kanak-kanak itu menjalani perawatan meningitis, rotavirus, salmonella, dan adenovirus.

Kini Logan sedang dalam pemulihan setelah mengalami penyakit yang menyeramkan gara-gara perkara yang dianggap remeh itu.

Doktor menjelaskan bayi mengalami meningitis lebih mudah daripada orang dewasa. Antara tanda-tanda meningitis seperti demam, kesejukan dan kurang nafsu makan. Beberapa bayi juga boleh mengalami ruam dan iritasi kulit.

Balita menderita meningitis

Kes Logan ini telah mencetuskan kebimbangan ibu bapa dan membuat ramai tertanya-tanya apakah tempat duduk di troli beli belah  itu berbahaya.

Sebenarnya bukan hanya troli beli belah sahaja, semua jenis tempat duduk boleh membahayakan kanak-kanak.

Vivienne berharap agar kejadian ini boleh menjadi peringatan bagi ibu bapa lain tentang bahaya meningitis.

Justeru dia menasihati ibu bapa menggunakan tisu anti bakteria di semua kerusi anak-anak mereka. Ini termasuk membawa tisu anda sendiri di mana-mana kerana tidak ada jaminan bahawa kedai-kedai tertentu mempunyai tisu sedemikian.

Di samping itu, kain yang bersih juga boleh diletakkan ke tempat duduk sebelum meletakkan anak  sebagai cara perlindungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.