Keluarga Tertekan Kerana Kisah Jadi Tular

BEHRANG – Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan penyakit demam campak (measles) kononnya berbahaya sehingga menyebabkan sebuah keluarga pesakit di Behrang Ulu dalam keadaan tertekan amat dikesali.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sebelum ini, cucu lelaki berusia sembilan bulan dalam keluarga itu menghidap demam campak pada awal bulan lalu dan langkah-langkah rawatan sudah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Mualim secara proaktif, lapot Sinar.

Menurutnya, langkah itu termasuk melakukan lawatan berkala ke atas kakak-kanak itu dan memastikannya sihat seperti sedia kala.

Katanya, pada masa sama, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Mualim juga membuat pemberitahuan dalam kalangan kakitangannya untuk mengambil langkah bersiap sedia untuk menghadapi penyakit demam campak.

“Namun malangnya pemberitahuan itu ditularkan di dalam Facebook dan WhatApps mengatakan penyakit itu berbahaya sehinggakan memberi kesan kepada keluarga ini yang semakin tertekan.

“Mungkin mereka ini tidak faham perkataan measles itu apa dan ia merujuk kepada penyakit demam campak yang boleh berjangkit, namun boleh dikawal jika tindakan awal diambil seperti mana dinasihatkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Mualim,” katanya.

Hang Soon berkata, penyakit demam campak boleh berjangkit namun, ia boleh dikawal jika pesakit menunjukkan simptom dan dirujuk kepada klinik kesihatan atau hospital dengan kadar segera.

Menurutnya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Mualim juga akan melakukan pencerahan kepada penduduk kampung di kawasan itu untuk menerangkan apa itu measles atau lebih dikenali demam campak.

“Saya juga harap jika ada terma berkaitan kesihatan tidak difahami boleh rujuk kepada pihak kesihatan berbanding menularkan di laman sosial sehingga menyebabkan salah faham dan ketakutan dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.