Kantoi Suami Curang Dalam Pesawat, Qatar Airways Terpaksa Mendarat Cemas

Satu penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Bali terpaksa mendarat cemas seorang isteri mengamuk setelah mengetahui suaminya mempunyai perempuan lain.

Wanita warga Iran itu sedang dalam penerbangan terus dari ibu kota Qatar, Doha, ke Bali bersama suami dan seorang anaknya.

Ketika suaminya tidur, dia membuka telefon bimbit suaminya dari genggaman dengan menggunakan jari suaminya, tanpa si suami menyedari tindakan isterinya itu.

Maka terbongkarlah kecurangan suaminya bersama maklumat- maklumat lain, seperti dilaporkan akhbar Hindustan Times.

Isterinya yang berasa sangat marah lalu mengamuk dan memukul suaminya dengan bertubi-tubi. Pramugari yang cuba meleraikan pertengkaran itu tidak berhasil meredakan kemarahan wanita tersebut.

Juruterbang kemudian memutuskan untuk mendaratkan pesawat di Chennai, India. Keluarga berkenaan dikeluarkan dari pesawat sebelum pesawat berkenaan meneruskan penerbangan ke Bali.

“Keluarga itu menghabiskan waktu sehari di Bandaraya Chennai sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Batik Air. Tiada tindakan polis yang diambil,” jelas seorang jurucakap penerbangan di pejabat di Chennai kepada AFP.

Di Kuala Lumpur, mereka terbang kembali ke Doha menerusi penerbangan awal. Qatar Airways tidak memberikan keterangan tentang insiden yang terjadi pada minggu lepas

Sementara badan keamanan industri India, CISF, menyatakan: “Pada tarikh 5 November, sekitar pukul 10 pagi, penerbangan Qatar Airways QR-962 (Doha-Bali) dialihkan ke Chennai.

Seorang perempuan bersama suami dan seorang anak, semuanya Iran, dikeluarkan oleh Qatar Airlines kerana perempuan penumpang (yang mabuk) berperilaku buruk terhadap peramugari. Mereka diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Batik Air 6019 untuk penerbangan lebih lanjut ke Doha.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.