Jet Pejuang Taiwan Hilang

TAIPEI – Kementerian Pertahanan Taiwan mengesahkan sebuah jet pejuang milik negara itu terputus hubungan ketika latihan di timur laut pulau itu.

Menurut Agensi, kementerian dalam satu kenyataan berkata, pesawat jenis Mirage-2000 itu hilang daripada radar pada jam 6.43 petang waktu tempatan ketika melakukan latihan, lapor BH.

Pesawat itu diterbangkan Ho Tzu-yu, seorang juruterbang berpengalaman berkelulusan dari Akademi Tentera Udara pada 2013 dan mengumpulkan lebih daripada 700 jam waktu penerbangan.

Sepanjang pengalaman sebagai juruterbang, beliau menghabiskan 491 jam menerbangkan Mirage-2000.

Susulan itu, tentera udara Taiwan mengerahkan helikopter penyelamat jenis S-70C dan C-130 pesawat pengangkut di kawasan jet itu dikatakan hilang.

“Kami berharap dapat mencari Kapten Ho Tzu-yu secepat mungkin,” kata jurucakap tentera udara, Chang Yang-ting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.