Inilah Sebabnya Kenapa Polis Wanita Korea Utara Perlu Kelihatan Seksi Dan Cantik Jelita

Sebagai negara komunis tertutup  dan  menerapkan sistem pemerintahan yang kejam seperti Perang Dingin, setiap lelaki serta wanita di Korea Utara adalah anggota tentera.

Demi menjadikan negara kententeraan yang selalu bersedia untuk berperang sejak kanak-kanak lagi, anak-anak Korea Utara sudah terbiasa dengan permainan perang-perang menggunakan senjata  tiruan sambil melaungkan slogan ‘’Ayuh kita bunuh orang Amerika!’’.

Bukan hanya anak-anak lelaki, anak-anak perempuan juga dibiasakan dengan permainan perang-perang dan diasuh untuk selalu bersedia membela pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un.

Selepas sahaja lulus persekolahan, kanak-kanak perempuan Korea Utara memang diharuskan untuk mengikuti latihan ketenteraan.

Perkara Ini dilakukan supaya lahirnya prajurit wanita Korea Utara yang siap sedia berperang.

Mereka mendapatkan latihan yang sama dengan prajurit lelaki, termasuk kemampuan mengendali senjata berat seperti kereta kebal dan meriam artileri.

Selain perlu mengikuti latihan ketenteraan, para wanita Korea Utara terutamanya yang berusia 17 hingga 26 tahun juga diwajibkan menjadi polis wanita yang bertugas di jalan Korea Utara, terutamanya di Ibu kota Pyongyang.

undefined

Tapi ada syarat tersendiri bagi para wanita muda untuk menjadi seorang polis wanita, terutama yang bertugas di Pyongyang.

Untuk menjadi polis wanita, seseorang perlu memiliki tubuh tinggi lampai, seksi dan cantik jelita.

Tujuan utama kenapa para polis wanita di Pyongyang perlu kelihatan seksi dan cantik jelita hanya satu iaitu, Kim Jong Un yang suka berada di jalan -jalan sekitar  Pyongyang  akan membuatkan dia berasa senang hati dan bahagia melihat para polis wanita yang selalu kelihatan seksi dan cantik jelita.

Terutama bagi anggota polis wanita Korea Utara yang merupakan wanita pilihan, kerajaan Korea Utara menyediakan bajetnya sendiri supaya mereka ini boleh kelihatan seksi dan glamor.

Malah untuk memastikan polis wanita yang bertugas di Pyongyang untuk sentiasa kelihatan ‘awet muda’ sebaik sahaja mereka memasuki usia 26 tahun, mereka akan bersara dan digantikan dengan polis remaja.

Korea Utara mempunyai banyak cara untuk menunjukkan dirinya sebagai negara komunis yang makmur. Itu adalah melalui kemunculan polis wanita yang seksi dan cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.