Gadis 24 Tahun Ini Ambil Sperma Kekasihnya Yang Sudah Meninggal Supaya Mempunyai Anak, Tapi Ini Respons Keluarganya

Kisah cinta Joshua Davies dan Ayla Cresswell tersebar di media sosial sehingga menjadi viral kerana iapenuh kesedihan.

Menurut Boldsky.com, gadis berusia 24 tahun ini ditinggalkan teman lelakinya yang meninggal dunia akibat kemalangan tragis sebelum mereka berkahwin.

Gadis yang berasal dari Amerika Syarikat ini berkeinginan memiliki anak dari kekasihnya itu. Begitu juga kekasihnya yang mengatakan hal yang sama sebagai permintaan terakhirnya sebelum meninggal iaitu ingin memiliki anak bersama Alya.

Joshua Davies dan Ayla Cresswell
Joshua Davies dan Ayla Cresswell (boldsky.com)

Alya yang bertekad ingin memiliki anak dari kekasihnya itu segera bergegas ke mahkamah bagi mendapatkan izin  untuk menggunakan sperma dari kekasihnya yang telah satu jam meninggal.

Joshua juga sudah merancang perkahwinannya dengan Ayla dan akan menetap di sebuah rumah yang sudah disiapkannya.

“Joshua mengatakan kepada saya bahawa dia sangat gembira dan ingin menjadi seorang ayah, kami sering berbual tentang memiliki anak, dan betapa bahagianya kehidupan kami,” kenyataan Ayla di mahkamah.

“Jujur semua ini yang diinginkan Joshua,” Ayla berusaha meyakinkan.

Joshua Davies dan Ayla Cresswell
Joshua Davies dan Ayla Cresswell (boldsky.com)

Kisah cinta dan perjuangan Ayla ini mendapat banyak sokongan dari netizen ketika ceritanya viral di media sosial.

Hakim Sue Brown yang menangani kes ini akhirnya mengizinkan Ayla untuk menggunakan sperma kekasihnya itu.

Sebab-sebab pihak mahkamah mengizinkan mengambil sperma Joshua karena pihak mahkamah yakin anak tersebut akan mendapatkan banyak kasih sayang walaupun tanpa ayah.

Ibubapa Joshua sangat gembira setelah Ayla mendapat izin untuk menggunakan sperma anaknya itu.

Walaupun Joshua tidak berada di dunia ini, kedua keluarga tersebut percaya bahwa Ayla akan merawat dan menjaga bayi tersebut dengan baik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.