Bilal Tawar Surau Waktu Air Paras Dada – Mangsa

KUALA LUMPUR ― Seorang mangsa yang menumpang di surau Taman Free School, Georgetown minggu lalu mendakwa banjir pada ketika itu sudah mencecah paras dada.

Lee Swee Cheng, 50, berkata mujur bilal Sapno Tukijo menawarkan surau sebagai tempat berlindung selepas mereka gagal meredah arus deras.

“Nasib baik encik bilal menolong kami ketika itu dan dia sedaya upaya membawa mangsa banjir menyeberang jalan dengan mengikat tali untuk ke tokong di seberang jalan.

“Namun, arus deras menghalang pergerakan kami dan encik bilal akhirnya menyuruh kami menumpang di surau buat sementara waktu,” katanya lapor Metro.

Lee berkata Sapno, 50, merupakan jiran yang baik dan gemar membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Dia memang jiran yang baik hati, peramah dan mudah membantu orang lain.

“Saya sangat berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu kami ketika banjir yang mencecah paras dada melanda kawasan rumah,” dia dilaporkan berkata. 

Sapno sebelum ini dikritik selepas mengizinkan 70 bukan Islam menumpang surau berkenaan ketika bah Ahad lalu.

Foto mangsa banjir bukan Islam yang berteduh dalam ruang solat surau terbabit menarik perhatian ramai di media sosial sejak Ahad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.