Apa Pendirian Azmin Bila Sultan Murka?

Sudah hampir seminggu Sultan Selangor melahirkan kemurkaan dan kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Namun sehingga ini, Menteri Besar Selangor, Mohammad Azmin Ali masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenainya titah Sultan pada 2 November lalu.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang mendesak beliau supaya bersuara bagi mempertahankan Sultan Selangor yang murka dengan kenyataan mengenai Bugis itu.

Sebagai selaku ketua kerajaan kepada negeri yang diperintah oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah , Azmin perlu bersuara. Namun Azmin masih berdiam diri mengenai perkara berkenaan.

Disebabkan Azmin mendiamkan diri, perkara itu telah dibangkitkan pada sesi perbahasan Belanjawan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, petang semalam.

Ia disuarakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Shukur Idrus yang menggesa Azmin menyatakan pendiriannya.

“Kita nak tengok pendirian menteri besar. Apakah yang sepatutnya dilakukan tentang mantan perdana menteri yang begitu celupar menyebut keturunan yang begitu mulia itu sebagai lanun,” katanya.

Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

Justeru, Azmin wajar menyatakan pendiriannya. Beliau tidak perlu menjaga hati Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) kerana keceluparan mulut Mahathir itu telah mengakibatkan kemurkaan Sultan Selangor hinggakan terdapat gesaan supaya satu siasatan serta tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Mahathir.

Keengganan Mahathir meminta maaf atas kenyataan itu juga nyata bukan hanya Sultan Selangor murka malah wakil Presiden Indonesia Jusuf Kalla semalam telah mendesak memohon maaf atas kata-kata penghinaan terhadap suku Bugis seperti yang disebut dalam satu ceramah politik pada 14 Oktober lalu.

Portal berita Republika melaporkan, Jusuf terkejut apabila ceramah Mahathir diselitkan dengan kenyataan menghina yang mengaitkan Najib Razak sebagai lanun kerana berasal dari suku Bugis.

Ternyata kerana dendam dan gagal mengawal emosi maka ini yang berlaku kepada Mahathir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.