5 Wanita Ini Diikat Di Pokok Kemudian Dibelasah Beramai-Ramai Kerana Dituduh Ahli Sihir

Beberapa wanita diikat di sebatang pokok sebelum penduduk kampung beramai-ramai memukul mereka kerana dikatakan sebagai ahli sihir

Beratus orang menyaksikan ketika kelima wanita itu dipukul dengan menggunakan ranting pokok setelah dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Kelima wanita itu tidak boleh membela diri daripada dipukul oleh penduduk yang mengamuk di desa Madhupur, distrik Mayurbhanj, negara bagian Odisha, India.

Setelah memukul wanita-wanita itu, beberapa penduduk kampung yang belum puas lalu menyerang suami kelima wanita yang dituduh penyihir itu.

Penduduk kemudian membelasah suami-suami mereka itu kerana dianggap memiliki hubungan dengan para penyihir.

Polis tidak mengetahui kejadian tersebut hingga mereka melihat rakaman aksi penduduk yang menyerang mereka itu.

Kesemua mangsa kemudian melaporkan perkara tersebut kepada polis sebelum pihak polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.