Sebab Mengapa Mahathir Dan ANC Beliau Mesti Dihapuskan Tanpa Belas Kasihan – Raja Petra

Tulisan asal oleh :

Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 7 November 2016.

 

Kempen Anti-Najib (ANC) menjadi semakin ketinggalan dari hari ke hari. Semasa mereka mula-mula melancarkan serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Disember 2014, mereka begitu ‘gung-ho’ dan yakin akan menang. (Gung-ho – kata sifat: bersemangat secara membabi buta dan tidak sabar-sabar, terutamanya tentang mengambil bahagian dalam pertempuran atau peperangan).

 

Sekarang mereka cuba untuk mencari jalan keluar supaya mereka boleh mengalah atau berundur tanpa terlalu menjatuhkan air muka mereka.

 

Itulah sebabnya mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan Anwar Ibrahim di mahkamah dua bulan lalu (5 September) dan juga Tun Dr Siti Hasmah Ali bertemu Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Segambut minggu lepas (4 November). Mahathir tahu bahawa beliau akan gagal melainkan jika beliau membuat perancangan yang baru. Malah baginda DYMM Agong dan Majlis Raja-Raja juga telah berpaling daripada Mahathir dan ANC beliau.

 

Dan, esok (hari ini), Mahathir merancang untuk membuat ‘penampilan’ di Parlimen untuk menguji sama ada beliau mempunyai sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen yang menyokong beliau supaya beliau boleh membuat undi tidak percaya terhadap Najib (yang mana beliau juga telah cuba lakukan pada Oktober tahun lepas tetapi gagal) – atau menggunakan 112 undi itu untuk memberi tekanan kepada Raja-Raja untuk memecat Najib.

 

Apa yang Mahathir gagal untuk ingat adalah bahawa apabila anda bertempur atau melibatkan diri dalam perang, anda tidak boleh merisikokan segala-galanya. Jika anda mengisytiharkan anda tidak akan mengambil apa-apa tahanan atas dasar ‘no quarter asked and none given’ (bermaksud tiada belas kasihan atau tiada konsesi yang diberikan oleh kedua-dua pihak), maka anda memberi motivasi kepada lawan anda untuk benar-benar menghapuskan anda dan mereka yang tercedera dan juga tahanan-tahanan akan dibunuh dengan kejam.

 

Memang terdapat perkara seperti peraturan perang. Tetapi jika inilah cara bagaimana perjuangan sepatutnya dijalankan (dengan menggunakan peraturan) maka kedua-dua pihak mesti bersetuju dengan peraturan-peraturan ini dan menghormati mereka. Sebaik sahaja satu pihak mengisytiharkan bahawa tidak ada peraturan yang diguna pakai dan semuanya adalah adil dan bahawa ia adalah satu perjuangan bermati-matian, maka ia akan menjadi satu pertumpahan darah dan pembunuhan beramai-ramai termasuklah mereka yang tercedera, banduan, wanita dan kanak-kanak.

 

Dan ini adalah jenis perang yang Mahathir dan ANC beliau sedang lancarkan terhadap Najib. Mereka tidak mengikuti mana-mana peraturan atau menggunakan ‘gentleman’s code of conduct’ dengan rasa hormat kepada lawan mereka. Mereka tidak mengambil banduan dan menyerang wanita dan kanak-kanak, keluarga Najib sebagai satu contoh.

 

Jadinya, Mahathir dan ANC beliau yang memutuskan peraturan mana yang perlu diikuti. Najib tidak mempunyai pilihan lain selain daripada berlawan mengikut peraturan mereka. Najib tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai peraturan perlawanan. Dan kini Mahathir dan ANC beliau kini berhadapan dengan apa yang telah mereka lakukan kepada Najib selama dua tahun lepas sejak Disember 2014.

 

Ada yang merasakan bahawa ia adalah tidak adil dan terlalu melampau apabila Najib memecat Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal, Ketua Cawangan Khas, Ketua SPRM, Peguam Negara, dan banyak lagi yang bersekongkol dengan Mahathir dan ANC beliau. Apa yang mereka maksudkan dengan tidak adil atau terlalu ekstrem? Dalam perjuangan bermati-matian, istilah ‘tidak adil’ dan ‘terlalu ekstrem’ tidak wujud di dalam perbendaharaan kata.

 

Maksud saya, jika anda mahu untuk bertinju menggunakan Peraturan Queensberry maka tidak banyak yang anda boleh lakukan. Ia perlu menjadi ‘clean fight’. Tetapi jika anda melakukan tinju Thai atau tinju Cina (atau lebih dikenali sebagai Kungfu) maka semuanya boleh dilakukan – menendang, menyiku, menyucuk mata, ‘kneeing’, dan sebagainya.

 

Tetapi Najib masih kekal ‘gentleman’ walaupun dengan semua yang berlaku. Beliau hanya membalas untuk mempertahankan diri daripada serangan lawannya. Beliau tidak pernah menyerang habis-habisan untuk menghapuskan lawannya (yang mana adalah apa yang beliau sepatutnya lakukan jika beliau mahu menghapuskan terus lawannya).

 

Najib tidak pernah sekali bercakap mengenai skandal Muhyiddin dengan Nika Gee dan perceraian yang berlaku hasil daripadanya. Najib dengan mudah boleh menjelaskan bahawa Akuan Berkanun yang ditandatangani oleh suami Nika Gee telah ditulis sejak tahun 2015, lama sebelum skandal itu meletus pada pertengahan 2016.

 

Betul itu, SD itu sudah wujud pada tahun 2015 tetapi ia menjadi umum hanyalah pada pertengahan tahun 2016. Sementara itu, dari pertengahan 2015 hingga pertengahan 2016, Muhyiddin berterusan menghentam Najib. Tetapi Najib masih tidak menghentam Muhyiddin balik dengan menggunakan SD ini dan skandal seks Muhyiddin-Nika Gee. Jadi dalam erti kata itu, Najib masih seorang ‘gentleman’ walaupun Muhyiddin selalu sahaja menghentamnya dengan isu peribadi.

 

Sama juga dengan kes Ahmad Husni Hanadzlah. Husni telah memaksa Najib untuk melantik beliau menjadi Menteri Kewangan (dari Menteri Kewangan Kedua). Husni juga cuba untuk memberikan anaknya projek sambungan lebuh raya RM2 bilion itu. Sebaik sahaja Husni menjadi Menteri Kewangan, beliau bukan sahaja boleh memberi anaknya projek RM2 bilion itu tetapi juga boleh memberinya banyak lagi projek-projek bernilai berpuluh-puluh bilion.

 

Najib, bagaimanapun, tidak mendedahkan dua perkara yang membuatkan Husni sangat marah: pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan dan projek sambungan lebuh raya RM2 bilion anaknya. Dan Husni masih mahukan projek RM2 bilion itu. Minggu lalu, Husni memberitahu Menteri Kabinet Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa jika anaknya tidak mendapat projek itu, maka beliau (Husni) akan bertanding di Tambun pada pilihan raya umum akan datang untuk pecah undi dan memastikan bahawa pembangkang menang kerusi itu.

 

Jadi Husni masih mengancam dan memeras ugut Najib sehingga ke hari ini. Tetapi Najib tidak mengancam dan memeras ugut Husni kembali. Beberapa wanita telah membuat aduan bahawa Husni meraba-raba punggung dan buah dada mereka (Saya secara peribadi mengenali salah seorang daripada mereka dan di mana dia tinggal). Apa yang Najib perlu lakukan adalah untuk meminta wanita-wanita ini untuk membuat laporan polis dan Husni akan tertulis sejarah sebagai Trump Malaysia.

 

Husni juga mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang dalam bahagian beliau. Jika nama wanita ini didedahkan, maka Husni akan menghadapi masalah yang sama yang Muhyiddin sedang hadapi kerana hubungan sulitnya dengan Nika Gee ketika Nika Gee masih berkahwin dengan orang lain. Dan Husni dengan berani mengatakan bahawa beliau meletakkan jawatan daripada Kabinet supaya beliau boleh memberi tumpuan kepada agama?

 

Sebenarnya, Husni adalah seorang lelaki yang gatal. Beliau mempunyai ‘fetish’ untuk menonton video lucah dalam telefon pintarnya ketika berada di dalam keretanya. Pemandu dan pengawal peribadi Husni merasa pelik mengapa beliau tidak menggunakan ‘headphone’ supaya tiada siapa yang tahu apa yang beliau lakukan. Bayangkan pemandunya cuba untuk menumpukan perhatian pada jalan raya semasa mendengar pelbagai keluhan dan jeritan datang dari tempat duduk belakang. Tahun ini sahaja pemandu itu hampir berlanggar sebanyak lima kali kerana dia menumpukan perhatian pada tempat duduk belakang dan bukannya pada jalan raya di hadapan.

 

Dan adakah anda fikir Najib tidak tahu semua ini? Sudah tentu beliau tahu. Tetapi Najib terlalu ‘gentleman’ untuk menggunakan maklumat ini untuk membidas Husni walaupun Husni mengancam dan memeras ugut beliau.

 

Jika Najib bersetuju untuk membawa Husni masuk semula ke dalam Kabinet dan melantik beliau menjadi Menteri Kewangan, dan memberikan anaknya projek RM2 bilion, kemudian Husni bersedia untuk berhenti menyerang Najib. Mungkin Husni terlalu banyak menonton video lucah sehinggakan beliau terlalu mengikut emosinya. Mengapa pula Najib mahu tunduk kepada Husni apabila kita boleh sahaja menghapuskan beliau sepenuhnya?

 

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/why-mahathir-and-his-anc-must-be-totally-and-mercilessly-wiped-out/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.