VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Kakitangan akademi, Universiti Kelantan Malaysia (UMK) kecewa dengan tindakan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros yang didakwa cuba mengelirukan masyarakat dan media apabila menafikan ‘isu karya plagiat’ dalam tesis Phd yang sediakan oleh salah seorang profesor universiti berkenaan.

Menurutnya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi kenyataan Raduan itu seolah-olah ingin menutup mata dan menyembunyikan fakta sebenar terhadap dakwaan yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

“Dr Raduan ada melakukan perjumpaan bersama pensyarah yang membuat aduan tersebut pada hari Rabu yang lepas yang turut dihadiri penasihat perundangan beliau.

“Dalam perjumpaan yang memakan masa hampir satu jam itu, beliau (Dr Raduan) berkata akan melakukan siasatan secara menyeluruh dan meminta pengadu agar tidak menghebahkan perkara ini bagi menjaga nama baik universiti.

“Namun selepas tiga hari, beliau memaklumkan kepada media konnya telah menyiasat semua dakwaan tersebut dan menyifatkan ia telah selesai.

“Beliau nampaknya cuba menutup mata terhadap kesalahan jenayah dan akademik yang dilakukan oleh Prof Abu Hassan” katanya yang enggan mendedahkan identiti.

Menurutnya lagi, selaku Naib Canselor UMK beliau sepatutnya melakukan satu siasatan yang telus dan adil demi menjaga nama baik dan reputasi universiti yang telah tercalar ekoran laporan ‘ciplak karya’ yang dibangkitkan oleh media.

“Pihak universiti seharusnya menubuhkan satu unit tatatertib agar satu siasatan dalaman dapat dijalankan secara terpeinci bagi membersihkan nama dan imej universiti.

“Atau mewujudkan panel jawatankuasa khas yang dianggotai oleh ahli akademi dan profesor dari universiti luar bagi menjamin ketelusan siasatan dan bukannya cuba menutup kes yang dibangkitkan ini dengan cara yang tergesa-gesa” ujarnya lagi.

Sementara itu menurut pensyarah yang membuat laporan berhubung salah laku tersebut, walaupun perkara itu telah dimaklumkan kepada beliau namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan atau siasatan yang dilakukan mengenainya.

“VC UMK tahu tentang perkara ini namun tiada sebarang tindakan, malah sejurus selepas membuat laporan polis saya turut memaklumkan kepada beliau.

“Salinan laporan polis berhubung perkara tersebut turut saya berikan, namun VC hanya buat tak nampak mengenai perkara tersebut.

“Di mana ketegasan ingin menjaga kredibiliti akademik yang beliau bangkitkan itu?” soal pensyarah yang turut enggan mendedahkan identitinya itu sebentar tadi.

Beliau turut menjelaskan laporan polis yang dibuat terhadap Abu Hassan itu setelah beliau melakukan kajian dan yakin dengan dakwaan tersebut.

UMK sebelum ini menafikan berlaku plagiat dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan seperti yang didedahkan beberapa hari lalu.

Raduan ketika ditanya oleh pihak media mengenai isu ini berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan telah melakukan siasatan.

“Ini satu kes serius dan saya telah menyiasat perkara itu dengan memanggil kedua-dua individu terlibat iaitu individu yang kena tuduh dan individu yang membuat tuduhan untuk menyelesaikan perkara ini.

Saya dapati ini disebabkan sedikit salah faham sahaja,” katanya kepada pemberita memetik laporan Bernama selepas Majlis Anugerah Citra 2014 UMK di Kampus Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Raduan yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara turut menjelaskan, isu kredibiliti akademik menjadi satu perkara yang sangat penting dan pihaknya tidak ada toleransi sekiranya ia benar-benar berlaku.

 

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

 

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

 

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

 

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

 

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.