Teguran Tun Mahathir ‘Wake Up Call’ Untuk UMNO Selangor

Kuala Lumpur – Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyatakan kenyataan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu provokasi dan juga sebagai satu ‘wake up call’ kepada UMNO Selangor.

Katanya lagi, tujuan Tun Mahathir berkata demikian adalah untuk menyedarkan pemimpin UMNO di Selangor terutamanya untuk bangkit dari ‘bermimpi’.

“Pemimpin UMNO di Selangor harus mengambil sikap positif terhadap kenyataan Tun Mahathir itu,” katanya sewaktu ditemui Free Malaysia Today, di Program Retreat Wira Perkasa Malaysia 2014.

Jelas Ibrahim yang juga pernah bersama Tun Mahathir di dalam UMNO, beliau menyifatkan kritikan Tun Mahathir itu adalah apabila Tun Mahathir melihat UMNO di Selangor ini lemah dan lembik.

“Apabila Tun Mahathir melihat UMNO Selangor, lemah dan lembik, sebab itulah Tun Mahathir membuat kejutan,” ujar Ibrahim.

Tambah Ibrahim, dengan kejutan yang dibuat oleh Tun Mahathir, pastinya UMNO di Selangor akan marah ekoran kenyataan Tun itu, dan Ibrahim percaya, dengan kritikan Tun Mahathir itu pastinya akan membuatkan UMNO Selangor bangkit dan bekerja keras.

“Saya percaya itulah niat Tun Mahathir. Jika UMNO Selangor melenting dan mengambil kenyataan Tun Mahathir itu sebagai satu kenyataan yang negatif, dan tidak boleh terima serta marah, maka bererti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu adalah benar,” ujarnya lagi.

Walaubagaimanapun, Ibrahim menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir yang berpendapat bahawa UMNO Selangor susah untuk mencari calon sebagai Menteri Besar di Selangor.

“Pastinya, bila UMNO Selangor berjaya merampas kembali Selangor, pasti akan ada calon menteri besar yang sesuai.

“Untuk jadi calon Menteri Besar itu tidak kira orang tua, muda ataupun pertengahan. Sesiapa boleh. Hal ini kerana, jika dilihat, Azmin Ali pun boleh jadi Menteri Besar Selangor. Apa kelebihan Azmin Ali.

“Jika Azmin Ali layak menjadi Menteri Besar Selangor, di dalam UMNO, lebih daripada cukup,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Selangor UMNO itu turut menggesa agar Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung desakannya agar UMNO Selangor dibubarkan semalam.

“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” kata Noh kepada sebuah portal.

Pada dasarnya UMNO Selangor menerima segala pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir namun saranan yang diberikan perlu lebih spesifik.

Katanya, pemimpin UMNO di Selangor adalah pilihan ahli parti sendiri dan gesaan untuk berundur adalah satu pandangan yang subjektif.

“Kita UMNO Selangor terima pandangannya. Kita akan buat pembaharuan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.