Pos Malaysia Siasat Dakwaan Hantar Daun Ketum Guna PosLaju

Kuala Lumpur – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menyiasat dakwaan penghantaran daun ketum oleh sindiket menggunakan perkhidmatan PosLaju, serta jika ada pekerjanya turut terbabit dengan sindiket itu.

Jurucakapnya dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pos Malaysia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan bertolak ansur dengan pekerja yang melanggar undang-undang.

Polis Daerah Wangsa Maju dilaporkan menahan sepasang lelaki dan wanita berusia 26 dan 44 tahun, pada Rabu lalu, kerana menjalankan sindiket memproses air daun ketum dengan menggunakan PosLaju untuk menghantar daun ketum.

Polis turut menyiasat kemungkinan pekerja PosLaju terbabit dengan sindiket berkenaan.

Pos Malaysia berkata, di bawah Peraturan Pejabat Pos 1947, ia menghalang penghantar daripada menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar bahan sedemikian, termasuk bahan merbahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.