Pondan Dari Vanezuela Dinobat Sebagai ‘Ratu Cantik’

Pattaya – Seorang warga Venezuela berusia 22 tahun telah dinobatkan sebagai ‘Miss International Queen’ pada Jumaat di pertandingan kecantikan yang terbesar di dunia yang mempromosikan hak-hak transeksual dan waria.

Isabella Santiago menewaskan 21 peserta dari 18 negara lain untuk memenangi gelaran dan hadiah wang tunai sebanyak AS$12,500 (RM41,800) pada pertandingan ratu cantik di Pattaya, sebuah bandar peranginan di Thailand.

Pemenang pertandingan itu pada tahun ini juga boleh memilih untuk menjalani pembedahan kosmetik secara percuma.

Santiago yang memakai gaun malam berwarna putih bergemerlapan, tertawa dan berkata “Tidurlah!”, apabila ditanya mengenai perancangannya selepas menang.

“Ketika di atas pentas, dia begitu elegan dan sebab itu hakim sebulat suara membuat keputusan memilihnya,” kata Seri Wongmontha, salah seorang daripada hakim pertandingan ini.

Peraduan ini yang sudah berlansung untuk kali ke-10 dan telah diadakan di kelab malam Tiffany, yang terkenal dengan kabaret transeksual.

Seperti ratu cantik lain, peserta untuk ‘Miss International Queen’ berarak dalam pakaian kebangsaan, gaun malam dan pakaian mandi mereka.

Miss AS Samira Sitara berkata kepada Reuters TV yang menyertai peraduan ini seakan-akan ‘mimpi menjadi kenyataan’, dan ini adalah kali pertama dia datang secara terbuka setelah didorong oleh rakan-rakan.

“Adakah anda tahu, ini adalah kehidupan dan anda tidak boleh lari daripada masa lalu. Saya tidak boleh menyembunyikannya lagi, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.