PM Hadiri Mesyuarat APEC, Beijing

Beijing – Perdana Menteri dijadual tiba di sini esok bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-22 sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) China 2014 selama dua hari bermula Isnin ini.


Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin memberitahu, pada Isnin, selain menghadiri mesyuarat itu, Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa ketua negara dan kerajaan anggota forum tersebut, termasuk China selaku tuan rumah.

Menurutnya, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dua hala berasingan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang sebelum dijadualkan menemui Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di Pusat Media, Pusat Konvensyen Nasional China (CNCC) di sini hari ini.

Perdana Menteri yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada kira-kira pukul 9 malam esok akan diiringi oleh isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Yang turut serta ialah Utusan Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.