‘Lelaki Harapan Dunia’ Akan Temui Peminat Bollywood

Kuala Lumpur – Selepas ‘muncul’ di beberapa Festival Filem Bertaraf Dunia sejak beberapa bulan lalu, terkini filem ‘Lelaki Harapan Dunia’ telah dipilih dalam kategori Asian Select dan bakal bersaing dengan 7 filem lain untuk Anugerah NETPAC (Network for the Promotion of Asian Cinema). Festival tersebut bakal berlangsung di Kolkata.

Ditubuhkan pada tahun 1995, festival tahun ini akan berlangsung dari 10-17 November dan akan dihadiri oleh pelakon ternama dari India termasuk Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Jaya Bachan, Abishek Bachan, Aishwarya Rai, Deepika Padukone dan Irrfan Khan

Lelaki Harapan Dunia ialah sebuah filem komedi drama yang mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung. Filem ini membariskan pelakon berpengalaman. Antaranya Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Ia diterbitkan oleh Sharon Gan dan diterbitkan bersama oleh Everything Films Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).

Sebelum ini Lelaki Harapan Dunia muncul pada tayangan perdana dunia sempena Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, kemudian di tayangan perdana di Amerika Utara (Festival Filem Antarabangsa Toronto) pada September 2014, diikuti tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun seterusnya pada bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33 serta Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 (merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.