JPJ Diarah Bayar Ganti Rugi RM76,835 Kepada Peniaga

Kuala Lumpur – Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pembelian sebuah kereta curi dalam lelongan awam jabatan itu, enam tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff memerintahkan JPJ membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif.

Dalam penghakimannya, beliau berkata JPJ gagal menguruskan penjualan secara tender hingga menyusahkan plaintif.

Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012 menerusi Tetuan Hakimi & Partners, Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

Beliau mendakwa diberitahu oleh JPJ kereta itu adalah sah untuk dimiliki dan hak milik boleh ditukar kepada namanya tanpa sebarang masalah.

Namun pada 14 Sept 2009, plaintif ditahan polis atas alasan memiliki kereta curi dan digari di khalayak ramai ketika berniaga menjual minuman di sebuah pasar Ramadan.

Beliau kemudiaan dibawa ke Balai Polis Seapark, Petaling Jaya, untuk soal siasat.

Dalam saman itu, Iskandar mendakwa beliau terkejut apabila diberitahu polis kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi walhal beliau membelinya dalam lelongan awam yang dijalankan JPJ.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum kenderaan itu disita.

Iskandar berkata beliau sempat mendapatkan semula kereta itu tetapi ia sudah dileraikan semasa dalam penyimpanan dan perlu dibaiki.

Plaintif menuntut RM12,335 untuk ganti rugi khas, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

 

Baca: Lelaki Ludah Pegawai JPJ Kerana Tak Puas Hati

 

Baca: Ops Khas: JPJ Terima Kecaman Hebat

3 thoughts on “JPJ Diarah Bayar Ganti Rugi RM76,835 Kepada Peniaga

  • November 9, 2014 at 4:06 pm
    Permalink

    Lori aku kena tangkap timbang dpn kilang gth labu bsr kulim 2minggu lps. Masa tu pukul 4.45 pm. Kilang nk tutup kul 5.Aku bawa getah 20ton lori karga taya 22. Mangkok punya penguat kuasa. Suruh aku p timbang di kuala ketil. Aku minta jasabaik dia ambik brat kilang la . Kalau aku bawa lebih denda la. Dia tak mau layan. Perut temenung punya jpj. Hampeh rakyat didahulukan. Nasib takdak anak pompuan tidak haram keturunan ku besan dgn jpj.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.