Elak Jawab Isu SIS, Azmin Dakwa Tak Kenal Noh Omar

Bestari Jaya – Selepas mendakwa tidak mengenali bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – Faekah Husin – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melakukan perkara yang sama kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.


“Siapa? Oh.. Dia ada lagi? Saya ingat tanya Tun Dr Mahathir la siapa Noh Omar ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-9 Universiti Industri Selangor (Unisel), sebentar tadi.

Azmin berkata demikian sebagai reaksi ketika ditanya mengenai kenyataan Noh yang mendakwa cadangannya yang meminta Mufti Selangor mengadakan pertemuan dengan Sister In Islam (SIS) sebagai cadangan yang tidak bijak.

Azmin sebelum ini mencadangkan agar Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid bertemu dengan SIS bagi bagi menyelesaikan pertikaian berhubung fatwa negeri yang mengharamkan NGO berkenaan.

Menurut Noh yang dipetik daripada sebuah akhbar, cadangan tersebut adalah tidak wajar memandangkan SIS telah pun mengemukakan semakan kehakiman berhubung status mereka di mahkamah.

Noh juga menasihatkan Azmin agar ‘jangan tunjuk pandai’ kerana mufti lebih berpengetahuan berhubung perkara berkenaan.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Julai lalu mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

NGO itu kemudiannya memfailkan semakan kehakiman pada 31 Oktober lalu melalui firma peguam Tetuan Azzat dan Izzat selepas mendakwa tidak dimaklumkan atau dipanggil untuk memberikan penjelasan, ketika fatwa berkenan diwartakan lebih setahun lalu itu.

Dalam semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, SIS menamakan MAIS, Jawatakuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri sebagai responden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!