Chong Wei Digantung Sementara Tunggu Sesi Pendengaran BWF

Kuala Lumpur – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggantung pemain badminton terhandal negara buat sementara waktu selepas disahkan positif mengambil bahan terlarang dexamethasone.

Timbalan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, atlet berkenaan akan digantung sehingga sesi pendengaran ujian rawak oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dijangka berlangsung dua minggu lagi.

“Kami (BAM) menerima surat daripada BWF bertarikh 7 November menyatakan keputusan ujian Sampel B. Keputusan itu mengesahkan kehadiran bahan ‘deksametason’ dalam sampel berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, BAM enggan menamakan pemain tersebut atas alasan mengikut peraturan BWF, walaupun spekulasi mengatakan ia melibatkan pemain nombor satu dunia negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sebelum ini dilaporkan Lee terlibat dalam skandal tersebut selepas kesan dexamethasone dijumpai dalam air kencingnya (sampel A) semasa ujian rawak yang dijalankan di Kejohanan Dunia.

Dexamethasone adalah sejenis steroid dengan fungsi anti-radang, biasanya digunakan untuk membantu pemulihan atlet.

Norza memberitahu sidang media yang penuh sesak itu nama pemain tersebut akan didedahkan sebaik pendengaran rayuan selesai.

Beliau berkata BWF sudahpun memaklumkan BAM semalam tentang sampel B pamain itu yang diuji positif bagi bahan larangan anti-radang demaxathesone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.