Che Ta Pilih Nama Aaishah Dhia Rhana Untuk Puterinya

Kuala Lumpur – Teka-teki nama yang bakal diberikan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kepada anak sulung mereka kini terjawab.

Melalui program HLIVE! pasangan berkenaan secara eksklusif mengumumkan nama anak mereka, Aaisyah Dhia Rana.

Nama itu adalah gabungan nama pilihan daripada Che Ta dan Zain.

Aaisyah adalah nama ibu Zain selepas memeluk Islam, manakala Dhia Rana pula dipilih Che Ta yang membawa maksud ‘sinar kecantikan’.

Che Ta selamat melahirkan anak ketiganya itu, kira-kira jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada 1 November lalu.

Sebelum kelahiran anaknya itu, timbul kontroversi apabila dia menerima tajaan pakej bersalin kelas pertama daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, yang termasuk rawatan susulan selepas bersalin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.