‘Ada Apa Dengan Cinta’ Kembalikan Nicholas Dan Dian

Kuala Lumpur – Selepas 12 tahun fenomena filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC), nampaknya kisah cinta antara Rangga dan Cinta kembali menghilangkan rasa rindu para peminatnya.

Menurut laporan portal Detikhot, AADC lakonan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo bakal muncul menerusi drama mini dengan menggunakan judul yang sama.

Drama mini AADC mengisahkan babak baru kisah Rangga yang kini bergelar wartawan yang berjaya di New York kembali ke kampung halamannya di Jakarta untuk satu tugasan.

Memandangkan Rangga dan Cinta sudah lama tidak berhubung antara satu sama lain, pemuda itu bercadang ingin mencari cinta lamanya.

Drama mini tersebut boleh ditonton menerusi laman YouTube bermula 6 November 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.