Video: SUA Anwar Berang Khairuddin Tuduh Anwar Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar (SUA) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menggesa semua pihak agar tidak melaga-lagakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada perkembangan terkini semasa sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana kelmarin, Tunku Nashrul berkata. Anwar tidak menyebut perkataan ‘barua’ namun menjelaskan bosnya menyebut perkataan ‘maruah’ ketika menyebut mengenai Kongres Maruah Melayu yang diadakan Ahad lalu.

“Jangan jadi bodoh dan sila korek telinga. Sah-sah yang Datuk Seri Anwar sebut adalah maruah bukan barua.

“Henti buat fitnah murahan. Tolong henti melagakan semua orang,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Hari ini tular video berdurasi 22 saat itu memaparkan situasi selepas sidang media Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Dalam video berkenaan, Anwar berkata kepada Mahathir secara bergurau yang perdana menteri itu semakin bertenaga sebaik memberikan ucapan di Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada malam Ahad lalu.

Anwar berkata “Sejak balik daripada Kongres Maruah ini (Tun Dr Mahathir) lain macam”.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian sambil diperhatikan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Sebelum ini, Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat kenyataan mempersoalkan tindakan Anwar yang didakwanya menyebut ‘Kongres Barua’ yang merujuk kepada Kongres Maruah Melayu.

Khairuddin berkata, “Saya yakin perkataan ‘Kongres Barua’ yang dilontarkan oleh Anwar itu merujuk kepada Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan baru-baru ini.

“Mungkin Anwar kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal cuma mendapat jemputan di saat-saat akhir,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

Berita berkaitan; Isu Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir Adalah Politik Bangang – Anwar Ibrahim

Berita berkaitan; Isu ‘Kongres Barua’: Mat Sabu Dakwa Tak Dengar Anwar Cakap Apa Kepada Mahathir

Lain-lain berita;

>> Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

>> Anwar Perlu Pasrah, Azmin dan Mukhriz Juga Layak Jadi PM – Khairuddin

>> Kes Adib Tak Dapat Pembelaan Jika Peguam Negara Tidak Letak Jawatan – Mohd Fadzil

>> Penasihat PKR Dakwa Mahathir Sedang Kumpul Kekayaan Untuk Kroni dan Anak

>> Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

One thought on “Video: SUA Anwar Berang Khairuddin Tuduh Anwar Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir

  • October 9, 2019 at 9:54 am
    Permalink

    Cuma orang2 pekak dan tersumbat lubang telinga dan lubang belakang yang tak dengar jelas si Al-Juburi ni cakap Kogres BARUA sebgai sindiran terhadap PM Mahathir. Dan yang tukang angguk ialah Si-Penjilat Bini Orang Mat Sapu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.