Mahathir Dakwa Tak Salah Kata Orang Melayu Malas

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan kenyataan ‘Melayu malas’ yang beberapa kali diungkap oleh beliau termasuk pada Kongres Maruah Melayu (KMM) pada Ahad lalu.

Perdana Menteri menegaskan, tiada cara lain untuk menjadi seseorang itu lebih baik selain menegur kesilapan yang dilakukan.

“Saya ingin cakap kebenaran. Kalau saya dapati ada orang tak nak kerja. Kalau tak nak kerja bermakna dia tak ada minat. Kalau kita tak boleh tegur orang, macam mana nak betulkan orang? Kalau dia buat salah pun kita puji, itu salah.

“Saya cuma kata, maruah orang Melayu ini akan dipulih semula oleh orang Melayu sendiri. Kita tidak boleh harap kepada orang lain, tidak pun boleh harap kepada Kerajaan.

“Itu isi kandungan ucapan saya dan saya tak fikir saya buat sesuatu yang salah,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada beliau sedia henti keluarkan sebarang kenyataan sedemikian seperti yang disebutkan dalam amanatnya pada KMM.

Media melaporkan, kenyataan Dr Mahathir dikritikan penganalisis politik yang menggesanya mengelak dari merendah-rendahkan orang Melayu. – Awani

Lain-lain berita;

Rakyat Sabah Tersinggung Dituduh Malas

Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

Penasihat PKR Dakwa Mahathir Sedang Kumpul Kekayaan Untuk Kroni dan Anak

Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.