Kes Adib Tak Dapat Pembelaan Jika Peguam Negara Tidak Letak Jawatan – Mohd Fadzil

JITRA – Pemuda UMNO Kedah mendesak proses susulan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dipercepatkan kerana hampir dua minggu keputusan inkues diumumkan namun masih belum ada apa-apa tindakan dari Pejabat Peguam Negara setakat ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Fadzil Zolkifli berkata, jangan biarkan sahaja kes tersebut berlalu tanpa sebarang pembelaan hanya disebabkan Allahyarham adalah pegawai bomba rendah dan ibu bapanya pula hanya orang kampung.

Menurutnya, kes berkenaan tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya sekiranya Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas masih belum melepaskan jawatan.

“Sudah hampir dua minggu keputusan mahkamah koroner yang memutuskan kematian ahli bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan oleh wujudnya unsur pembunuhan.

“Tetapi sehingga sekarang orang yang disyaki terlibat belum dikenakan sebarang dakwaan oleh Pejabat Peguam Negara.

“Polis pula hanya menunggu arahan dari Peguam Negara yang sepatutnya orang disyaki ditahan kembali,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Pemuda UMNO Kedah bersama Kelab Media Elit Kedah di Darulaman Golf & Country Club dekat sini kelmarin.

Mohd Fadzil berkata, ramai pihak mendesak agar Tommy dipecat namun sehingga kini belum ada sebarang maklum balas daripada kerajaan sebaliknya hanya diam seribu bahasa.

“Jika beliau enggan melepaskan jawatan kami mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy dan menggantikannya dengan orang lain.

“Bagi kami adakah kerajaan bersikap memilih dalam kes Allahyarham Muhammad Adib ini atau peguam negara dilindungi oleh tangan-tangan di peringkat tertinggi,” katanya.

Jelasnya, Pemuda UMNO Kedah hilang keyakinan keadilan dapat ditegakkan selagi Tommy berada di kerusi peguam negara berikutan afidavit pejabat beliau yang menolak kematian Muhammad Adib kerana dipukul sedangkan kes tersebut masih berjalan di mahkamah koroner.

“Kematian Muhammad Adib harus mendapat pembelaan sewajarnya, ia bukan lagi soal kematian semasa bertugas tetapi juga melibatkan soal integriti kerajaan,” katanya. – Sinar

Lain-lain berita;

Kes Adib: Hina Mahkamah, Tommy Thomas Digesa Letak Jawatan Peguam Negara

Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

Tommy Thomas Perlu Letak Jawatan Peguam Negara – Dr Asri

Ejen Hartanah Terkejut Jumpa Rangka Manusia Dalam Rumah

Letak Jawatan Segera atau Rakyat Menghadap Agong Gesa Pecat Tommy Thomas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.