Zahid Dipanggil ke SPRM Rabu Ini

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rabu ini.

Perkara itu diberitahu oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lokman, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah menerima notis daripada SPRM untuk hadir pada jam 10 pagi.

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO telah diberikan notis untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM jam 10.00 pagi, 10hb Oktober, 2018 (Rabu ini),” katanya dalam kenyataan itu.

Ini bakal menjadi kali ketiga Zahid dipanggil untuk memberikan keterangan.

Beliau sebelum ini disoal siasat oleh SPRM pada 2 dan 3 Julai lalu di atas dakwaan penggunaan dana sebuah yayasan yang dipengerusikannya.

Walaubagaimanapun himpunan solidariti yang sepatutnya diadakan sebagai sokongan kepada pemimpin UMNO itu dibatalkan kerana menurut Lokman ia merupakan permintaan Zahid.

“Atas permintaan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO perhimpunan #Solidariti4ZahidHamidi di hadapan Ibu Pejabat SPRM jam 9.30 pagi dan 9 malam 10hb Oktober, 2018 adalah dibatalkan sehingga proses pendakwaan dilakukan.

“Tiada sebarang perhimpunan berkaitan #Solidariti4ZahidHamidi sehingga saya maklum kelak. MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN,” jelasnya.-SuaraTv

One thought on “Zahid Dipanggil ke SPRM Rabu Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.