Wany Hasrita Diumum Bintang Paling Popular ABPBH31

PUTRAJAYA: Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Pengumuman itu sekaligus mencipta kejutan besar apabila trofi utama anugerah berprestij itu diungguli bakat baru industri seni.

Kemenangan itu membolehkan Wany membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta, Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Selain itu, Wany juga membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular menewaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat pula dianugerahkan kepada artis veteran serba boleh, Noorkumalasari.

ABPBH31 dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick.

Berikut adalah senarai penuh penerima trofi ABPBH31

1) BINTANG PALING POPULAR: WANY HASRITA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: WANY HASRITA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: FENDY BAKRY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: FARAH NABILAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: NUR FAZURA

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: HAZIQ (HOT FM)

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: ALIF SATAR

15)ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: NOORKUMALASARI

 

Kategori Online

1)GANDINGAN SERASI DRAMA: FATTAH AMIN & NUR FAZURA

2)GANDINGAN SERASI FILEM: ZUL ARIFFIN & NUR FAZURA

3)PERSONALITI MEDIA SOSIAL: FATIMAH OMAR MUKHLIS (@theFamily.UK)

4)INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: ARIF JIWA

5)ARTIS SENSASI: NEELOFA

 

Kredit gambar: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.