Tun M Tolak Pelawaan Hadi Berforum

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berforum bersamanya pada Isnin.

Katanya, beliau akan pergi ke Port Dickson pada Isnin hanya bertujuan untuk berkempen bagi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menolak untuk berforum dengan Hadi di waktu lain.

“Tak payahlah malam esok saya pergi PD, tapi bukan nak forum dengan dia (Hadi) saya nak pergi kempen untuk Anwar.

“Tak sudi ke berforum? Tak payahlah waktu lain boleh,” katanya kepada pemberita di majlis makan malam di Hotel Hilton, Ahad malam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Hadi ‘mengajak’ Dr Mahathir menyertai forum bersamanya ketika beliau datang ke Port Dickson, Isnin.

Menurut Abdul Hadi, beliau tiada masalah apabila Dr Mahathir mendedahkan mahu turun ke Port Dickson bagi membantu kempen calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Sinar Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.